Mufti di Malaysia

Malaysia sebuah negara yang unik kerana wujud beberapa institusi menaungi Islam sebagai agama Persekutuan seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan. Ia lebih terserlah melalui konsep Raja Berperlembagaan dengan wujudnya institusi Raja Melayu bertanggung jawab terhadap pengurusan hal ehwal Islam[1].Ini ditambah Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Tugasnya adalah untuk menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa terhadap perkara mengenai Islam yang dirujuk oleh Majlis Raja-Raja.Selepas mesyuarat Jawatankuasa, keputusan dan pandangan hukum diputuskan akan dimaklumkan kepada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dipengerusikan Perdana Menteri yang kemudiannya akan mengemukakan bersama dengan pengesyorannya kepada Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan Jawatankuasa Fatwa Negeri bagi menentukan fatwa dan pewartaannya di peringkat negeri.Keistimewaan Malaysia sebagai negara Islam lebih terserlah kerana isu membabitkan kefatwaan terletak di bawah bidang kuasa negeri. Melalui akta, enakmen dan ordinan berkaitan, institusi fatwa di negeri berhak mengeluar dan mewartakan fatwa di negeri masing-masing.Malaysia juga satu-satunya negara yang mempunyai mufti di setiap negeri berjumlah seramai 14 mufti[1]. Begitu juga hal berkait pewartaan fatwa yang menjadikannya sebagai antara peruntukan dilindungi undang-undang yang tidak terdapat di negara lain.Jawatankuasa Muzakarah MKI berperanan sebagai medium penyelidikan dan penyelarasan hukum di negara ini, selaras prosedur pengeluaran fatwa di peringkat negeri yang memperuntukkan fatwa hanya boleh dikeluarkan Sahibus Samahah Mufti bersama Jawatankuasa Fatwa Negeri melalui peruntukan undang-undang berkaitan fatwa.